MEREKA MENGUMPUL EMAS,KENAPA???!!!
Sesuai dengan namanya, Federal Reserve Bank of New York yang terletak di New York City bertempat di 33 Liberty Street, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tanggal 16 November 1914 dan di tempat inilah anda boleh melihat emas yang banyaknya naujubillah yang tidak akan pernah anda lihat seumur hidup anda karena disinilah terdapat vault ( ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.
Di vault ini diestimasi terdapat 10 % dari cadangan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD 270 Million atau setara dengan Rp. 2.430 Trilion !!
Cadangan emas ditempat ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebagiannya adalah merupakan gabungan simpanan dari 36 negara lain, yang mempercayakan penyimpanannya di The Fed Bank of New York.
Tidak sembarangan orang dapat memasukinya apalagi mendokumentasikan tentang apa yang ada di dalam vault tersebut.
Jadi berbahagialah anda yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita. Jadi CELIK EMAS
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ILMU DAN EMAS
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.Biasanya saya update artikel seminggu sekali, tapi minggu nie saya bercadang tulis 2 artikel. First artikel ini - Ilmu dan Emas dan artikel kedua berkenaan memajak emas fizikal di Ar-Rahnu dan sedikit analisa berkenaan melabur emas dengan duit dari Ar-Rahnu. Untung ke tak untung?
Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.
Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya. Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…
Jawapannya ialah ilmu
Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal
Tujuan saya menulis artikel artikel kat aminsgold.com nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Dulu anda tak tahu pasal pelaburan emas. Sekarang anda dah pun berilmu… dah pandai pun… kalau tak pandai lagi pun at least boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?
Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.
Saya selalu dapat soalan-soalan seperti ini..
“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?” Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.
Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…
jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!
Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”, “Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta. Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:
Manakah lebih baik, ilmu atau harta?
Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:
“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”
“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”
“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!, semoga ceria selalu dan dirahmati Allah hendaknya............Sejak akhir-akhir ini , media masa banyak memaparkan kes-kes jenayah melibatkan pembuangan bayi , pembunuhan bayi , sindiket jual bayi dan kehilangan bayi@kanak-kanak.Sebagai seorang yang berstatus ayah , rasa sebak sentiasa menyelubungi hati ini dikala menatap berita seperti ini.Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan ? Tiada perasaankah mereka yang melakukannya ? Kadang-kadang terlintas difikiran , adakah jenayah ini bermusim or media masa yang bermusim ! Bagi saya punca utama berlakunya jenayah seperti ini adalah dari keluarga itu sendiri di samping pengaruh@sebab-sebab lain.So kesimpulannya , ibu-bapa yang wajib memainkan peranannya yang sebenar.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENYIMPAN EMAS MASA DEPAN ANAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!, semoga ceria selalu dan dirahmati Allah hendaknya............Sejak akhir-akhir ini , media masa banyak memaparkan kes-kes jenayah melibatkan pembuangan bayi , pembunuhan bayi , sindiket jual bayi dan kehilangan bayi@kanak-kanak.Sebagai seorang yang berstatus ayah , rasa sebak sentiasa menyelubungi hati ini dikala menatap berita seperti ini.Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan ? Tiada perasaankah mereka yang melakukannya ? Kadang-kadang terlintas difikiran , adakah jenayah ini bermusim or media masa yang bermusim ! Bagi saya punca utama berlakunya jenayah seperti ini adalah dari keluarga itu sendiri di samping pengaruh@sebab-sebab lain.So kesimpulannya , ibu-bapa yang wajib memainkan peranannya yang sebenar.
Baiklah , coretan saya pada kali ini juga berkaitan dengan anak-anak iaitu simpan emas untuk anak-anak.Artikel ini memang sesuai untuk direnung bagi mereka yang sudah berstatus ibu dan ayah.Bagi mereka yang belum berstatus ibu dan ayah amat sesuai sekali untuk direnung kerana suatu hari nanti anda bakal bergelar ibu dan ayah.
"Tahukah anda sifat ibu dan ayah yang tidak ada pada mereka yang belum berstatus ibu dan ayah ! Memberi tanpa mengharapkan balasan"
Saya masih teringat dengan kata-kata salah seorang agen saya iaitu en. Ahmad Syahrin .Katanya "saya beli emas untuk masa depan anak-anak ” . Kata-kata beliau amat saya sokong dengan fakta berikut :
Katakan umur anak sekarang 3 tahun dan dalam masa 15 tahun usia anak anda adalah 18 tahun ( usia untuk memasuki pusat pengajian tinggi ).
Katakan sekarang anda mempunyai emas 50 gram dengan nilai RM6657.00.Purata kenaikkan harga emas dalam masa 1 tahun adalah +- 27% . So dalam masa 15 tahun emas yang anda miliki tersebut bernilai RM126815.85.
Katakan sekarang anda mempunyai duit fiat / duit kertas berjumlah RM6657.00.Persoalan saya , bolehkah nilai RM6657.00 bertukar menjadi RM126815.85 kalau disimpan begitu sahaja ? dan satu lagi kelemahan duit fiat / duit kertas adalah dimakan oleh anai-anai inflasi... percaya atau tidak..inilah hakikatnya...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ANTARA EMAS DAN WANG KERTAS
Terdapat perbezaan yang amat ketara antara emas dan wang kertas. Wang kertas yang ada sekarang sebenarnya hanya bernilai jika diistiharkan nilainya oleh kerajaan yang memerintah. Tetapi nilai emas tiada hadnya dan seluruh dunia mengistiharkan nilainya.
Cuba anda bawa RM5000 ke Singapura dan anda ingin membeli makanan di di sana. Anda rasa mereka terima tak duit anda itu ?Tidak bukan. Anda mesti tukarkan dahulu duit berkenaan ke matawang dolar Singapura. Ini bermakna duit RM kita itu tidak bernilai langsung atau jatuh nilainya.
Tetapi cuba anda bawa emas. Mereka semua pasti mengenali emas dan mengiktiraf bahawa emas adalah sesuatu yang amat bernilai harganya.
Saya bagi contoh satu lagi situasi. Katakan negara kita menghadapi peperangan dan tidak aman lagi. Semua bangunan dimusnahkan dan kita hanya ada satu jalan lagi untuk menyelamatkan diri iaitu keluar dari Malaysia.
Ketika anda hanya sempat mengeluarkan duit sebanyak RM50 ribu sahaja. Cuba bayangkan saiz beg yang perlu anda pikul untuk memuatkan wang sebanyak RM50 ribu? Dan apabila anda menjejakkan kaki ke negara lain, adakah wang RM50 ribu adalah bernilai RM50 ribu di negara tersebut? Sudah tentu jatuh nilainya lebih - lebih lagi jika negara anda mengalami peperangan. Inilah yang berlaku pada nilai matawang Iraq.
Ketika peperangan, nilai matawang Malaysia akan jatuh dan nilai RM50 ribu hanyalah bernilai RM10 ribu. Nampak bukan bagaimana rapuhnya nilai matawang.
Tetapi jika kita mempunyai 1/2 kg emas iaitu berharga RM50 ribu, kita tidak perlu membawa beg besar - besar untuk memuatkan emas. Malah harga emas tetap sama walau di mana negara anda berada. Jadi disini jelas menunjukkan kehebatan emas berbanding wang tunai kertas.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SISTEM KEWANGAN ISLAM TANPA RIBA'
menggunakan Dinar dan Dirham sebagai matawang...sure sistem Riba boleh di hapuskan.......agen saudagar emas amin pun tahu melalui pembeli-pembeli emas yang bagi tahu......wahh....rupa-rupanya...pembeli emas lagi bijak dari penjual emas...pembeli dan penyimpan emas ini adalah orang yang BERILMU dan BERPENDIDIKAN tinggi.....mereka bukan saja-saja memiliki dinar untuk simpanan ...malah mempunyai tujuan yang murni untuk memartabatkan Sistem Kewangan Islam.........bagaimana dinar berfungsi ni yer?
Sebagai contoh....katanya.....syukri daely (bukan nama sebenar) meminjam Wang dari Saudara khamil(bukan Nama Sebenar....)........sebanyak 10 Dinar......tapi syukri daely membayar secara berjadual sebanyak 1 Dinar 1 Bulan kepada Saudara khamil........adakah syukri daely akan terlibat dengan RIBA???? jawapannya adalah TIDAK....sebab apa?......sebab bila syukri daely Pinjam 10 Dinar....tetap bayar 10 dinar jugak...walaupun Jangka masa yang 10 bulan purnama....dalam konteks ini tiada pihak yang akan teraniaya.....sebab pinjaman di ganti dengan pinjaman tanpa ada apa-apa IMBUHAN....atau CAJ.....
wow...hebat sungguh sistem ini........sebab tu ALLAH taala MAHA Mengetahui dan Maha Bijaksana....
Kalau Sistem Kewangan Islam ini di laksanakan di Malaysia camna???
yela katakan saya membeli sebijik kereta Proton Saga BLM....warna putih...keluaran tempatan dengan harga Dinar......contohnya harga sekarang adalah RM40 ribu....bersamaan dengan 73 Dinar.......so pembeli telah membuat AKAD dan bersetuju membayar balik kepada Peminjam sebanyak 1 Dinar 1 Bulan selama 73 bulan purnama.....:) adakah ke dua-dua pihak ada yang teraniaya?semestinya tidak....bagaimana kalau dlm masa 1 tahun harga dinar naik???? itulah keuntungan yang diterima oleh BANK PEMBERI hutang....
so cuba kita lihat senario yang diceritakan di atas? tiada sesiapa yang akan teraniaya......kan??? walaupun syukri daely membayar hutangnya kepada khamil dalam tempoh 10 bulan.....1 Dinar 1 bulan....mereka happy......khamil happy sebab Dinar emas yang di pinjam naik harga.......syukri daely membayar tanpa ada RIBA? wow...sungguh hebat Sistem Kewangan Islam ini......sebab tu la di Akhir Zaman manusia akan kembali kepada Sistem Kewangan Islam dan salah satu tanda-tanda Hari Kiamat adalah Ramai orang Islam akan Kaya dan mula menggunakan Emas dan Perak sebagai jual beli....
Oleh itu......kalau kita mulakan menyimpan dinar untuk diri sendiri dahulu ......dan untuk simpanan keluarga....alangkah lebih bagus dan aman dunia ini.....kita pun tak terlibat dengan RIBA......apabila pokli terlibat dengan Emas & Perak ini....barulah Faham dan Mengerti apa maksud yang tersirat yang cuba di sampaikan oleh ALLAH s.w.t........kenapa orang yang memiliki EMAS dan PERAK kena bayar Zakat???? Kenapa orang Perniagaan, Pertanian, Penternakan di kehendaki membayar zakat..........cuba anda pikir dan tanya pakar-pakar Agama kenapa Allah mensyariatkan kita menunaikan zakat dan menyucikan Harta kita ? walaupun kita membayar zakat...tetap kita Makin Kaya??? Tepuk Dada Tanya Iman....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BERZAKAT DENGAN EMAS
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9